Alhamdulillah setakat ni 65% barang hantaran dah siap. Hanya
beberapa barang saja lagi untuk complete kan semuanya. Lepas ni kena register
kursus kahwin untuk Mr.F. Al-maklumlah Mr.F ni manja. Semua nak harapkan aku
je. Lepas kursus dah boleh pi interview dan set tarikh nikah. Semoga Allah
mempermudahkan segalanya. Lepas ni kena bersiap sedia untuk ke alam baru.
Insyaallah benda baik. Tak perlu nak lambat2 kan. Selagi tak kahwin selagi tu
la bekelai tak berhenti sat. Kadang2 terasa hati jugak dengan perangai Mr.F ni.
Masa rindu tu tegedik2 nak jumpa. Lepas jumpa dia mula la buat tak tau. Bukan
buat tak tau langsung la. Still contact tapi sekejap ja. Banyak masa dia
habiskan dgn kawan dia dan movie zombie dia tu. Aku bukannya ada kawan sgt kat
Penang ni. Kalau ada pon semua bawak haluan masing2. Sunyi. Tapi nak buat macam
mana kan. Zorro je la peneman di kala sunyi. Bila tgk keletah dia memang akan
buatkan aku gelak ja. Dengan kebongokan dia. Geram tau geram. Hahaha.