Sunday, 17 July 2016

Love Story Mr.F & Me Part 7

Kisah Hari Jadi..
Aku dan Mr.F ni berkawan dari 2015..jadi kita ceritakan kisah 2015 dulu ye..masa birthday aku 2015 kami baru acah2 dok becinta la..Mr.F bawak aku makan sushi king..then balik rumah dia hadiahkan aku love pillow yang tertulis 'You Will Always Have A Special Place In My Heart'..sebuah frame gambar yang ada gambar aku dengan dia dan kad ucapan hari lahir..ayat kat dalam tu fuhhhhhhhhh..melting abes kot..cair tahap tak tau nak bagitau macam mana..so sweet Mr.F neh..itu kisah birthday aku..

Kisah birthday Mr.F pulak..selalunya budak2 laki kat tempat kerja akan main futsal setiap khamis malam jumaat..tapi aku kautim dengan geng2 futsal neh suruh dorg main hari rabu malam khamis..sebabbbbbbb aku nak buat surprise dekat Mr.F..masa tu kitorg tinggal di blok yang sama..bezanya tingkat sahaja..pada hari selasa 13/10 aku bawak hadiah untuk Mr.F..berat oooo..angkat sensorg..tepat pukul 12 tgh malam aku suruh Mr.F pegi amek hadiah dia depan pintu rumah..betapa excitednya dia dapat hadiah besar dan berat..haha jeng jeng jeng..Mr.F dapat microwave..disebabkan dia asyik merungut nak panaskan lauk tak boleh makanya aku hadiahkan microwave untuk dia..senang nak panaskan makanan..

Tak habis disitu sahaja..rabu malam khamis tu Mr.F diizinkan untuk bermain futsal dengan kawan2 dia atas alasan..tak pa la..awak pon nak enjoy dengan kawan2 awak..asalnya geng2 tu nak kenakan dia..nak kasi tepung and telur..tapi tak sampai hati pulak..(padahal aku langsung tak suka Mr.F ni main futsal)..Mr.F pegi main futsal dan aku jalankan misi aku..aku ada kunci pendua rumah Mr.F sebab kucing aku tinggal dengan dia masa tu..aku pon menyelinap masuk rumah dia..kebetulan masa tu kawan2 dia tak da kat rumah..pegi mana aku tak pasti..aku tiup belon banyak2 dalam bilik dia..penat geng tiup belon sendiri..rasa macam abes oksigen dalam badan aku masukkan dalam belon2 tu..aku cucuh lilin hias bilik..letak kek tengah2 bilik and get ready nak pasang lagu birthday untuk dia..

Masa yang ditunggu2 dah tiba..Mr.F dah balik..tengah aku cucuh lilin kat kek tiba2 dia tolak pintu dengan kuatnya dan terkena belon..pommmmmmm!!!meletup..dia pon tekejut..tapi aku tak abes cucuh lilin lagi..hahaha..maka kantoilah aku nak buat surprise untuk dia..tapi tak pa..aku teruskan pasang lilin dan pasangkan lagu birthday untuk dia..Pasal pintu tu actually aku dah kunci tapi pintu tu tak lekat sebab aku tak tolak kuat..mana la aku tau..bukan rumah aku..hahaha..

Untuk tahun 2016 pulak..bulan 4 lagi Mr.F dah bagi hadiah birthday kat aku..iphone 6s uolls..then dia cakap nanti bulan 7 dah tak boleh mintak hadiah pape dah..aku pon setuju je lah..haha..tapi lagi beberapa hari akan tiba hari lahir aku..kita tengok apa yang akan terjadi..hahahaha..muahciked Mr.F..love you so much honey!!

No comments:

Post a Comment